05 June 2011

Nora Elena ~slot Akasia TV3

 
okeh , first time tengok cerita nie , macam tak best , tapi tetiba macam best lakk .bila dah lama-2 tengok memang best pun . syok gile*sorry ayat mcm tutttt. aku rasa semua dah tahu pasal citer nie , tapi bgi yang tak bape nak tahu , mehh aku ceritakan sinopsisnya ok .

sinopsis ~
Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?
Huh , sape tak tengok memang rugi .tak caye ? tengok lhaa sendiri . 
nah , amik nie , pegi layan ~  Tonton , cara baru tengok tb !

notapoket : errrr , pasal background blog nie.
sorry , mcm pompan sikit tp , aku rase ok dahh .lagipun sedap mata memandang ,
takde lahh terok sangat .kan kan kan ? aku dah give up carikk layout. huh~penat bhaii .
Sabda nabi SAW riwayat muslim :                                                                                    "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu."
 "Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad) 

No comments: