24 July 2011

Hasad dengki tak habis-habis ~

Bismillahhirahmannirrahim 

Rasanya , harini nak berkongsi sesuatu yang sering terjadi dalam kalangan kita sendiri .Ada sahaja yang tak puas di antara blogger sendiri .entahlah .ambilah nasihat sebagai pedoman .Jangan mendengki antara satu sama lain .tak ada salahnya kalau orang tu nak promote bebagai bagai .kau ada susah ?kalau kita tak suka kita ignore je .kalau rasa semak kita kick je .tak perlu berperang mulut atau sebagai bagainya .buat penat otak nak pikir ayat maki maki .haram kejadah je .

Pernah tak kita lihat dalam masyarakat kita budaya santau-menyantau, fitnah-memfitnah, berburuk sangka, saling menjatuhkan antara satu sama lain dan pelbagai lagi budaya yang sama waktu dengannya?

Rasanya perkara seperti ini sudah tidak perlu dipersoalkan kerana ia merupakan perkara yang sering terjadi dikalangan masyarakat kita. Semua perkara ini terjadi hasil daripada suatu sifat atau penyakit hati yang dipanggil hasad dengki. Apa makna hasad dengki ini? Saya pinjam makna hasad dengki ini dari sebuah buku yang mana buku itu menyebut :

Hasad adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti dengki. Ramai orang yang menyamakan iri hati dan dengki. Padahal kedua-dua perkara ini berbeza. Iri ertinya cemburu melihat nikmat atau kelebihan yang diperoleh orang lain dan dia ingin seandainya dialah yang mendapatkan nikmat itu dan bukan orang lain. Sedangkan dengki pula adalah benci melihat nikmat yang diterima orang lain dan berusahasupaya nikmat itu hilang.

Natijah dari sifat dengki ini sekiranya tidak dibendung akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sama ada kepada orang yang dengki itu ataupun mangsa orang dengki itu.

Dan ingatlah dengan sabda Nabi yang bermaksud :

"Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar."

Allah merupakan pencipta kita dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-makhluk-Nya. Oleh itu, redhalah dengan semua yang telah Allah takdirkan untuk kita. Tidak perlu untuk kita hasad dengki dengan orang lain. Dan sudah pasti besar ganjarannya di sisi Allah andainya kita redha dengan segala ketentuan dan ketetapan tuhan yang Maha Esa insyaAllah.

Buat renungan diriku yang sentiasa terlupa ~

No comments: