29 March 2012

Aku rindukannya keranaMu


Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan berdoalahh ~


" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..


✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku yakin andai tiba saatnya nanti, aku akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
perkenankanlah ~

12 March 2012

itu semua perkara biasa .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :3
Hi korang , sihat ? 
Ermmmmm ,rasanya harini nak luahkan perasaanlah , boleh ?haha .LOL :P
Orang kata hidup ni macam pusingan roda , adakala bahagia dan ada masanya kita bersedih .itu memang lumrah alam .tak semua yang kita lakukan adalah terbaik dan tak semua kita lakukan salah .semua terserah terhadap diri masing masing .terserah bagaimana tu rasanya tak perlulah dijelaskan kot , sebab masing masing ada pandangan yang berbeza .
tapi , ada sesuatu yang kita semua kene betulkan dalam kehidupan ni .
Cara kita berfikir .Ya , benar , tak semua dari kita pandai dan mampu berfikir luar dari kotak fikiran .Cuma , untuk berfikiran rasional rasanya tidak memerlukan kepandaian bukan ?
"rasional" cuma perlukan kematangan dari individu tu je .tak susah .lain lah kalau dia tidak waras .
okay , pendek kata , jangan susahkan diri kita dengan perkara yang remeh temeh .
Lain orang lain caranya .kalau mereka kata kita tidak rasional namun bagi kita itu rasional ? mudah , pejamkan mata dan ikut kata hati .ingat , Allah sentiasa ada disisi kita .jadi , mohonlah pertolongan agar perbuatan yang kita lakukan itu adalah betul betul rasional dan terbaik bagi kita .
............................................................................
Hormat dan menghormati .

kadang-kadang , apa yang kita lalui banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar *ayat biasa dengar.
tapi itu lah kenyataan kan ?
suka atau tak , kita kene jugak tempuh .
aku selalu tertanya, "macam mana nak hidup bahagia selamanya?"
huh , soalan yang rasanya berjuta manusia ingin bertanya .tapi sekali lagi jawapan yang selalu aku dapat  , "segalanya terpulang kepada diri masing-masing .macam mana seseorang itu menguruskan kehidupannya ." , 
hurmmm , bila difikirkan ,itulah jawapan yang tepat .
mungkin juga selama ni cara aku uruskan kehidupan sudah jauh garisnya .
aku tak berani mempersoalkan orang lain , jadi aku pandang diri aku dulu .yelahh , kadang kadang bila sudah banyak melihat kelemahan orang sehingga kita lupa untuk pandang diri sendiri .
betul kita taknak dibenci orang , tapi pernahkah kita terfikir untuk melihat diri kita dan bertanya
"aku pernah benci orang tak ?"
sekali lagi , kita taknak dicemuh dan dicaci tapi pernah kita tanye diri sendiri
"aku pernah maki orang tak ?"
kalau jawapannya positif , itulah yang terbaik .
Kesimpulanya , belajarlah terima kelemahan diri dan belajarlah menghormati kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti ada balasannya .
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. "                              (surah al-Baqarah ayat 42)
p/s:pesanan buat diriku yang selalu terleka :')

10 March 2012

Banyaknya dugaan ~

assalamualaikum dan selamat sejahtera peeps :3
dalam kepala ni ada macam-macam nak cerita tapi tak tau nak start yang mana .
Ermmm , kata orang kalau kita jumpa seseorang pastu kita tak mampu nak cakap sepatah pun tu maknanya kita ada hati dengan orang tu ? ehh , yeke ?
entahh , nevermind . lupakan .
...............................................................................
sebulan di hostel ~
mestilah macam macam berlaku kan , tu pasal lah tak tau nak start dari mana .
pernah ada musuh ?
atau sesiapa yang dengki dengan korang ?
kalau ada , korang sekel je pale die -.-''
entahlah , semakin kita cuba jadi sesuatu yang terbaik , semakin ramai yang dengki plus tak suka .#ayat hypothesis . why ehh ?
adakah kerana mereka jeles ataupun "mereka" tidak mampu jadi seperti itu ?
kelakar sungguh "mereka" itu .#bahasabakupleasee
pendek kata , biarlah mulut manusia berbicara , sesungguhnya Allah maha mengetahui sedang kita tidak mengetahuinya :')
.......................................................................................
p/s: actually banyak cerita lagi nak share tapi lain kalilah , malas nak taip .hoho .bye :P