Hi . assalamualaikum .
Dah lama nampaknya aku tak menaip kat belog ni .tah bila lah lagikan .memandangkan aku bukan lagi penulis tegar seperti dulu kala .nak buat macam mana kan .jiwa dah berubah .Even , time tak menghadap lappy or komputer ni bukan main lagi idea mencurah-curah .bukan main lagi time tu tu jugak ayat bebunga-bunga keluar .Cuma bila dah nak tulis , semua idea keluar macam tu je menonong .Tak sampai hati juga nak mencarut kat diri sendirikan .
Sekarang aku dah sedar , bila aku nak menulis or hape , niat aku kena betul .yelaaa , even tak semua orang suka kita and tak suka pun baca blog kita tapi apa salahnyakan .Just untuk self expression .bak kata orang , macam cakap dengan diri sendiri .*dah takde orang nak cakap kan .so amiklah alternatif yang paling mudah dan senang ni .Terima jelah hakikatkan .sob sob .Lol .
Aku pun tak tahulah macam mana hari ni tergerak lak hati yang suci lagi murni ini untuk menaip walaupun aku tahu hangat-hangat taik ayam je nih .esok lusa mesti malas dah .biasalah , aku manusia biasa .tak luar biasa macam bloggers lain :')
Apa yang aku nak share kat korang harini , aku rasa agak privasi sikit .tapi...if tak share rase macam rugi lah pulak .so...aku kena cerita juga .walau macam mana pun terjadi .heh heh .demi negaraku ! oh ~~~
Okay , aku dah nak start merepek dah ni .ready guys ?
Cerita dia macam ini ye anak-anak yang dirahmati Allah ,
Bermula dengan hari yang indah , seperti hari-hari yang lain .cuma hari ini aku bangun lebih awal .hehe .excited lak , dah biasa bangun lambat tetiba je bangun awalkan .mestilah pelik kan .Tapi aku gagahkan jugak diri ini melangkah ke bilik air yang seperti di kutub utara tu .perghhh , sejuk kau .Memula memang lah sejuk tapi bila dah lama-lama sikit hehee macam best lak .so aku mandilah dengan enjoynya dan terbayanglah seperti berada di sunway lagoon .*tak pernah gi pun* .
So , lepas je siap pakai baju , bedak-bedak , wangi-wangi sikit .aku pun tunggulah depan rumah .tunggu
someone datang .Dalam sepuluh minit jugalah aku tunggu .On the way punya on the way , sampailah juga cikgu memandu aku tu :) Rupa-rupanya , aku telah ditakdirkan untuk datang kelas amali before ambil lesen L .Aku kena buat amali iaitu if korang tak tahu , aku kena buat procedur macam ni , First , teori 3 jam *so korang akan dengarlah ceramah yang sangat hap-pening tu .*Second , korang kena buat praktikal .dan inilah masa aku telah di BAHANKAN dengan cara yang amat memalukan .yelah , seumur hidup aku , aku tak pernah lagi dimalukan sebegini rupa kay .TAK PERNAH .tapi , takpelah .aku ambil positifnya *walaupun dah banyak kali dah aku mencarut time tu*
First sekali orang tu(cikgu motor) dia suruh kiteorang divide into a kecik-kecik group .lol .aku pun sebat jelah mane-mane group.aku time tu jahiliah gila .main ikut je orang .Budak baru belajar .Dalam hati ni , aku selalu positifkan semua perkara .yelaa , itu lah yang mak aku selalu pesan .So , sebagai anak aku harap aku dapat ikut cakap dia .huh .terharu .okay , pastu kiteorang kene lalu atas "titi" yang sempit ni tinggi sikit .Perghhhh , time nilah yang aku tak lepas tuh .banyak kali pulak tu .yelaa , aku ni setakat bawak dua tiga kali je kat taman .tu pun takde sape ajar .yang ajar starting pun bapak aku .kire adalah jugak startingnya .sikit sikit .Ayah aku cakap , nanti takdelah tak tahu sangat basicnya .Aku pun menganggukkan kepala tanda setuju .Masa before kena naik titi tu , dia ada tanya , siapa tak reti bawak motor ? so aku angkatlah tangan , then aku cakap " kalau sikit-sikit ?'' pastu korang tahu , dia tak jawab and buat tak layan je .Pergggh , rasa diri ini terhina dan dihina ."kau pekak ke bang ?" tapi aku cakap dalam hati jelah .kang cakap kuat-kuat tak pasal-pasal je kena chop awal-awal pelajar tak guna .So , aku pun meneruskan langkah dan join group yang kira dah pro bawak .Time tu Allah jelah tahu macam mana rasanya .Cuaknya aku tak dapat gambarkan .Hanya pengalaman dapat mendewasakan kita .
Mula-mula , *berapa kali aku nak cakap mula-mula ni ? * .Okay , then dia suruh start motor .okay , aku berjaya .dalam hati " YEAH ! " hawau je , orang lain dah boleh buat willie segala dah .aku je happy sebab boleh start motor .Maaflah , aku bukan seperti remaja lain .aku ada own style katenya .Pastu , aku pun pulas arr benda yang buat motor tu gerak , tah pebenda namanya pun aku tak tahu .yang penting aku pulas je .Agak-agak korang ? berjaya atau tidak .Hah , mestilah TIDAK .dan aku rasa aku telah memalukan diri dengan menjatuhkan maruah aku dengan tangan aku sendirinya .Boleh bayangkan betapa dramatik nya aku nak jatuh time naik atas titi kecik tu ? perhhh , malu gila .Dalam dua tiga kali gak lah aku failed .So , orang tu(cikgu motor) suruh aku dok tepi dengan menggunakan nada suara yang marah , kesal , tak puas hati , nak makan org , sakit jiwa dan yang sewaktu dengan orang marah .
Lol , yang aku ni dah tersipu-sipu dah .sumpah malu weyhh , dah lah ramai orang tengok .paling ramai bebudak remaja yang sebaya ngan aku .Bayangkan jelah aku malu kat situ .Okeyh , cerita tu dah selesai .Pastu , orang tu(cikgu motor) pun ajarlah bebudak lain dengan tidak menghiraukan aku sedikit pun. Sedih gila time tu , dalam pale otak ni keluar lagu sedih-sedih je .semua sedih .benda yang happy pun semua tukar sedih .Mood aku terus berubah .Lama juga lah tunggu lebih kurang sejam jugak aku dok termenung tengok orang lain bawa motor dengan megahnya .Bila semua orang dah siap latihan , aku pulak punya giliran .aku dah agak dah .mesti orang tu nak ajar aku personal .tapi masalahnya , personalnya hangguk dia .
Boleh dia buat tayangan percuma kat semua orang .Lol , rasa nak pijak je pale die .takpelah , aku still boleh terima .the , dia ajarlah aku macam aku budak tadika .Even , dalam joke-joke murahan dia still jugak laa puji-puji aku .tapi bila orang dah malukan , kau pujilah segunung pun tetap aku malu and dalam hatini tak berhenti mencarut .
Then , cikgu ni pun ajar aku secara live nya di depan reramai tuh , perghh , di bahannya aku .Lagilah aku malu .Kejap kata muka aku macam rosyam nor lah , macam imam muda tah mana-mana tah .bapak dia , ingat aku mainan kat tesco yang singgit dua posen yang boleh bawak gurau kasar tak bertempat mcm tu ?
Tak pelah , aku redha dan pasrah je time tu .Yelaa , orang semua dah dok pakat gelak and mestilah akan ada manusia yang kutuk-kutuk belakang .Apalah , cerita depan lah ..main kutuk-kutuk belakang buat pe ? kecik ? potong kasi anjing makan jelah cik abang oii .After semua dah selesai , aku kena duduk tepi buat ke sekelian kalinya .yelaa , orang dah tak pandai bawak motor katanya .KATANYALAH .
Ok , fine .aku pun duduklah tepi diiringi lagu-lagu sedih .pastu orang lain pun sambunglah dengan happy , main angkat-angkat tanganlah and buat bentuk lapan and main-main brek .macam best jekan bunyinya .Apa boleh buat dah kena dok tepi dah .Nasi dah jadi bubur , masa tak boleh undur .Then , jam dah pukul 3.00 tepat .semua orang dok tepi join aku balik .Hurmm , aku ingat dia sambunglah ajar aku .tapi tak pun .kiteorang straight kena gi kaunter untuk cop jari and dapatkan lesen L .weyyy ,??? aku tak blajar pape pun ??? aku buat sikit tu je and banyak dok tepi je .
Apa , aku ni ketogori golongan kurang upayakah ?? perghhh .sabar jelah .Dan akhirnya , aku pun kira dapatlah jugak lesen L .cuma ..hari tu dah bertukar jadi hari yang sangat unlucky lah .takda ongg orang cakap.bukan pakcik ongg driver bas kilang kayu tu .
So , the moral of the story yang panjang berjelar ni ialah , Anda sebagai penunggang motorsikal , if reti sikit-sikit pun kenalah jugak cakap tak reti bawa .Cakap jelah , nak buat macam mana .Kalau dah cakap tapi dia(cikgu) buat tak tahu , kau hempuk je pakai batu ke besi ke .Biar sentap sikit .cakap baik-baik dibalas tahi .tak guna juga kan :)
So , take the right action my lovely buddies .Annndddddddddddd , satu lagi .lupa pulak .To those yang kerja jaga kaunter or kerani yang berurusan dengan orang awam seperti kami , Tidakkah anda diajar untuk berbudi bahasa ? Adakah anda seorang yang tidak berkelulusan atau tidak ada otak ? Pernah dengar tak , " ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA" ? Kalau pernah dengar , silalah amalkan .jangan jadi seperti mereka yang tinggal di dalam gua :') maaf , jika anda boleh berbahasa seperti tahi , saya juga boleh .Kita manusia , senang menerima apa yang diajar kerana kita telah dikurniakan akal fikiran yang sempurna .Jadi , jangan sia-siakan .kalaulah semua penjaga kaunter and kerani kat dunia ini kurang kesedaran betapa pentingnya berbudi bahasa ini , maka hancurlah masa depan negara kita .Renung-renungkan .
Last but not least , ingat satu perkara .Ada masa kita boleh bergurau , tapi ingat biarlah bertempatkan .Kalau time serius , kenapa mesti main-main ? kenapa perlu menganjing sana-sini ? Motif ? Mohon terasa .
bye and assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment