Hi .Assalamualaikum
Dah lama nampaknya aku tak menghadirkan diri ke blog sendiri .Yelah , kebelakangan ni busy dengan macam macam .Dalam hati ni memang nak sangat menaip , cerita panjang-panjang , macam dulu .tapi sekarang , kehidupan aku dah banyak berubah .takpe lah , kita letak tepi cerita tu .
Hurmmm , aku nak cerita jiwang dan sedih sikit ni .Perasaan kita ni kadang-kadang sukar diduga kan .kejap je kita boleh sedih , kejap je boleh marah dan dalam beberapa saat kita boleh cintakan seseorang tanpa kita sedari .mungkin bukan semua orang , tapi bagi orang yang macam aku semua ni boleh terjadi .
Jadi aku kena lah matang , dan bijak sebelum aku buat keputusan .Aku ingat lagi ,masa tu CNY dan ketika itulah sebuah epik cinta telah bermula .Bila dikenangkan sangat indah permulaan cerita cinta , semuanya bagaikan taman syurga , tiada langsung cacat celanya .Biasalah , orang tengah dilamun cinta.Tapi cinta tak selalu menjanjikan kebahagiaan kan .ada sahaja yang salah , ada saja yang tak kena .mungkin belum tiba masanya .ada banyak lagi yang harus aku pelajari .Manusia mana yang tak sedih bila hatinya terluka , tapi manusia mana juga yang tidak ingin hidup bahagia buat selama lamanya . aku ambik keputusan untuk mengakhiri segalanya .Biarlah , biar cinta ini terkubur menjadi mimpi indah .Kini aku lebih berhati hati dalam soal hati dan perasaan .aku dah taknak pisang berbuah dua kali .Kenapalah wujud manusia seperti engkau yang tidak pernah menghargai erti kasih dan sayang ? hmm :(
Takpelah , aku kena kuat semangat , kena cekal dan tabah , baru boleh berjaya .okaylah , kita stop untuk cerita jiwang karat macam ni .
Next topic , ermm memandangkan dah sebulan aku tak updated , so harini aku amik keputusan nak tulis panjang panjang.sepanjang yang boleh.bukan ada orang baca pun .janji aku puas .Kalau kita nak ikutkan kata orang je , memang tak jalan lah kerja kita .Silap silap apa pun kita tak boleh buat .Yelah , mulut orang mana kita boleh tutup .Lagi lagi yang mulut macam puaka niyang rapik tu , hmm tah bila lah nak bertaubat .Aku tulis , aku ingatkan diri aku , supaya aku pun tak jadi macam orang lain .
Ishhh , kenapa ayat aku macam sedih je ni ! **lempang diri sendiri x1000000*** **hormon tak stabil**
Ehh , semenjak dua menjak tiga menjak ni , aku suka sangat chat/berbual/bersembang dengan orang .dah macam hobi plak .best ! rasa macam ada orang je sekeliling kita .Takdelah aku meroyan sorang sorang .Seronok bila ada orang sanggup dengar masalah kita , walaupun belum tentu masalah tu selesaikan , at least dah kurang sikit beban .entah , mungkin sedih tu dah transfer sikit.hehe .bukan nak bebankan kawan kita dengan masalah kita cuma nak share .kalau dorang taknak dengar kita jangan paksa pulak .biarkan je .kita cuba selesaikan .tapi lagi sedih bila kawan kita yang kita percaya , yang kita hargai tikam kita dari belakang .aku tak cakap sesiapa , ini random .So , hargai sesiapa je yang ada dengan kita , bila dah takde nanti , nak menyesal pun dah tak guna .kan .
Ermm , result pun nak dekat dah .aku ni dah lah banyak dosa , aku risau , risau kalau tuhan nak balas perbuatan jahat aku dengan result ni :( hmm tapi aku tak boleh nak berperasangka buruk , apatahlagi bila dengan Allah , maknanya aku kena yakin , bahawa Allah sentiasa ada dengan aku .hmm .Kalau nak ikut kan aku ni , result before ni pun teruk .semua nya cukup cukup makan .kadang kadang tak cukup makan pun .kais pagi makan pagi , kais petang makan petang .**tak kena** .Terlalu ramailah menaruh harapan , aku tak kuat kalau semuanya tak seperti yang diharapkan .Aku harap aku cekal nanti .Cekal untuk mengahadapi hari esok .Ibu pernah cakap , kita kalau nak hidup , mesti positif kalau tak , tak kemana .kelaut dan kelangit lah jawabnya .**tak lawak pun sebenarnya**
Agaknya macam mana ea masa depan aku .aku ni cepat sangat ikut orang , ikut kalau benda yang baik takpe lah juga , ini yang bukan bukan .Salah aku jugak , iman aku tak kuat , keluarga aku bukan macam keluarga orang lain .**ape aku merepek ni ?? **
asal panas sgt bilik ni ? rasanya aircond pun dah on .lol , rosak ke hape =.='' Ermm okaylah , kalau panjang lagi kang ade pulak aku terngumpat orang .makin ramai yang tersentap pula .maaflah , bab bab menganjing ni aku tak reti sangat .Aku loading , pending plak tu .Doakan yang terbaik buat aku dunia dan akhirat .
Bye and assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment