29 May 2011

400th followers !

Bismillahirahmannirahim :)

okayy , aku nak stret to the point nie .nak cepat .kang ada appointment .HAHA 
*gebang je lebih tu .

okayy , back to topic .Act , aku nak wish bebanyak thanks kat cik coklat sebab menyempurnakan 
followers dalam blog nie .
memang laa aku "tak mengharapkan" follower .
aku bukan amik kesah sangat .tapi sebab die pengunjung bertuah .
so , biar laa ade gimik sikitkan .heheee .
ok cik coklat , sila amik hadiah ni .
sorry arr , tak laa cantek mane .nak cepat .harap sudi amik laa ye :)


jemput lah hamik bende alah ni .jangan risau , jangan resah , jangan segan .hamik jee .
buat mcm rumah sendiri*

terima kasih :)

Blog korang akan dipadam dan malware berleluasa ?

Blogger akan tamat .wth ?

okayy ni benda paling penting korang kene tawu .
aku rase dah ramai kot yang tahu pasal berita yang menggemparkan dunia blogger ni .
 yahh , google akan memadam akaun blogger yang tersayang tu selepas 25/06/2011 sekiranya korang tak tukar email ID korang kepada email google (gmail) .
GRRR , mengerikan = =''

jadi untuk menyelamatkan keadaan , korang buat laa gmail ye .
tak tahu nak buat macam mane ? nah amik tutorial ni .



next topix,
Malware

ape benda alah tu ? tu sejenis virus .disebab kan aku dah berpengalaman terkene benda alah haramkejadah ni .so aku nak share kat korang .
kepada sesiapa yang ade masukkan gadget "save energy tool" tu , kalau boleh sila buang .benda alah tu laa yang telah menjahanamkan blog korang .kalau sesiapa yang jadi mangsa selepas nie , korang boleh gi sini .


korang , korang, korang ,cuti sekolah pegi mane ?

28 May 2011

Cabaran Kehidupan


Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; 2 rahsia kejayaan.

Aku melontarkan pandangan ke luar tingkap. Cuaca begitu terang sekali. Ramai sungguh orang keluar menikmati teriknya mentari. Kukira di Malaysia situasinya berbeza. Kita menunggu sang suria beredar barulah kita menampakkan diri. Benar kata orang, kita hanya menghargai sesuatu itu bila kita kehilangannya.

Ok. Kali ini ingin aku kongsikan perbualanku dengan Mr. X tempoh hari.

Kala itu kami sedang menikmati hidangan istimewa di sebuah restoran.

"Pelik betul manusia ni, asyik mengeluhhhh je," Mr. X memulakan bicara.

"Mm..biasa la tu..apa yang peliknya?" Aku menjawab.

"Keluhan tidak menyelesaikan masalah... malah melambatkan proses menyelesaikan masalah."

"Well... bagaimana kalau keluhan itu adalah sebahagian dari proses menyelesaikan masalah?" Aku cuba menghangatkan sedikit perbualan.

"Jika begitu, kita perlu lihat semula kepada sirah.. ingat Khabbab Al-Art?"

Aku menganggukkan kepala. Khabbab Al-Art merupakan orang yang meminta Rasulullah s.a.w. berdoa supaya dilepaskan daripada kezaliman arab Quraisy. Lalu Nabi s.a.w mengingatkan Khabbab akan betapa umat terdahulu ujiannya jauh lagi hebat daripada ujian yang mereka hadapi ini.

"Masalah ni takkan habis... masalah ini akan sentiasa datang sebab kita ini hidup. Bukan hidup-hidupan," Mr. X menyambung bicaranya.

Aku mengiyakan. Tidak mahu menganggu ucapan Mr. X.

"Kereta hanya ada masalah jika kereta tu bergerak. Kalau dok kat umah je, memang tak jumpenya lampu isyarat, polis semua tu. Yang penting adalah kita kena persiapkan diri kita untuk menghadapi masalah ini. Kita di sini untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk mencipta masalah."

"Setuju. Dan semakin matang kita semakin besar cabarannya. Cabaran membawa kereta tak sama seperti cabaran membawa lori," aku memotong Mr. X. meminjam analogi yang sama.

"Bagus.. Allah tidak akan memberikan sesuatu di luar kemampuan kita. Fikir dan zikir!" Mr. X menjawab sambil tersenyum.

Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya.

sumber dipetik- Artikel iluvislam.com

renung-renungkan dan selamat beramal :)