06 June 2011

Baru aku tahu !



Bismillahirrahmanirrahim .
tadi aku round-round la kat iluvislam.com .try search keyword bosan .sekali terjumpa lakk artikel nie .bila aku baca terasa macam bersalah laa plak .aku nak share ngan korang nie .bagi korang korang yang bosan tahap hantu nie , mehh bace nie .comfem terasa .heheeee .jom bace !

"Bosan la begini, asyik buat benda sama je."
"Amirul, keluar jom. Bosan la lepak rumah."
Kalimah 'bosan' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang untuk menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi.
Tetapi, hakikatnya kalimah 'bosan' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya, malah lebih teruk manusia yang menjadi hamba kepada budaya hedonisme. Hidup terasa kosong apabila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.
"Bosannya, internet buat hal la pulak. Banyak la notification nanti tak terbalas."
"Ala, hujan lagi. Sekejap lagi mula la astro buat hal. Melepas tengok Jozan buat lawak."
Bagi mereka yang kaya jiwanya, mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka. Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih bersisa mengabdikan diri kepada Tuhan.
Ingatlah, setelah dilahirkan ke dunia, kita diamanahan dengan misi yang penting. Kitalah hamba, dan kita jualah pemimpin.
Firman Allah: 
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [al-Baqarah : 30]
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [al-Dhariyat : 56]
Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk, sehingga kita tidak punya masa untuk merasa bosan dalam hidup. Berusahalah menghapuskan perkataan 'bosan' dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Berusahalah..Insya-Allah..
ditujukan khas buat diriku yang selalu terleka ..

05 June 2011

Nora Elena ~slot Akasia TV3

 
okeh , first time tengok cerita nie , macam tak best , tapi tetiba macam best lakk .bila dah lama-2 tengok memang best pun . syok gile*sorry ayat mcm tutttt. aku rasa semua dah tahu pasal citer nie , tapi bgi yang tak bape nak tahu , mehh aku ceritakan sinopsisnya ok .

sinopsis ~
Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?
Huh , sape tak tengok memang rugi .tak caye ? tengok lhaa sendiri . 
nah , amik nie , pegi layan ~  Tonton , cara baru tengok tb !

notapoket : errrr , pasal background blog nie.
sorry , mcm pompan sikit tp , aku rase ok dahh .lagipun sedap mata memandang ,
takde lahh terok sangat .kan kan kan ? aku dah give up carikk layout. huh~penat bhaii .
Sabda nabi SAW riwayat muslim :                                                                                    "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu."
 "Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad) 

02 June 2011

gile cool !


Bismillahirrahmannirahim ~

gambar kat atas tu takde kena mengena pun .
yang coolnya yang nie .tadi aku jalan-2 laa kat google kat .besttnya =.=''
tetibe , ternampak benda nie !


cool tak ? aku nak bantal uhh . comel gilakk .


Tazkirah kita hari ini ,

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan". (At Tahriim: 6)

jadi , kita kenalah berwaspada dalam setiap perkara .sentiasalah cuba mendekatkan diri kita dengan Allah SWT .jangan terleka yea :)


ditujukan khas buat diriku yang selalu terlupa ~

01 June 2011

Ya Allah , berat sungguh ujian itu .


Kata orang , ujian tu sudah menjadi asam garam dalam kehidupan .ada yang cakap , bagi mereka tak ada yang perlu ditakutkan .tapi , bagi aku dan mereka yang imannya seperti nyawa-nyawa ikan ? aduhh ~ keluh , resah , sedih , pilu , duka , lara , sepi , stress .semua bercampur baur hanya disebabkan ujian dari Sang Pencipta Tuhan Yang Maha Esa .

Tapi , kita tak boleh lari ujian, lebih-lebih lagi ujian yang melibatkan musibah.Yea lah, Allah SWT dah bagi macam-macam nikmat kepada kita tapi bila dapat musibah nak mengeluh pula.

pernah , aku terbaca satu artikal .tapi aku kurang ingat dimana dan bila aku membacanya .kisahnya berbunyi bergini .ermmm , kalau tak silap aku laa kan .

Ada seorang kanak-kanak ini, dia selalu dapat macam-macam daripada ibu bapa dia sampaikan dia tak perlu minta pun tapi dapat macam tu sahaja. Sampailah satu hari nie, si ibu mahu menguji ketaatan si anak dengan menyuruh anaknya ke kedai runcit berdekatan untuk membeli barang keperluan. Anak kecil ini merungut dan tidak mahu pergi kerana terpaksa berjalan kaki dalam panas terik.

apa korang rasa ? wajarkah budak tu buat macam tu kat mak dia ? tak ke kejam sangat tu ?

hah ! sama jugalah dalam situasi kita sekarang. Allah SWT dah beri kita macam-macam nikmat termasuklah yang kita tak minta pun tapi Allah SWT tetap beri sebab Dia tahu kita memerlukan-Nya, tapi bila datang ujian dari Allah SWT kita mengeluhkan .kan kan kan ? so , wajarkah kita buat macam tu kat Allah SWT ?
kita tanya diri kita balik .ok ?

Dalam al-Quran lagi Allah SWT berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya. (Mereka berdoa)
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." (2:286)

jadi , kalau kita dilanda musibah , kita muhasabah diri kita balik .Apa yang telah kita lakukan ? Kenapa Allah SWT datangkan musibah ?Kesimpulannya, bersabarlah apabila diuji. InsyaAllah, Allah SWT akan melipat gandakan pahala kita atas semua kesabaran kita.

  'hurm ! , cakap senang laa, cuba kalau hang kena dekat diri sendiri. kalau tulis macam ni nenek aku pun boleh tulis !'

tu semua terpulang kat korang , kalau nak terima , terima je laa .kalau tak , takyah baca .senangkan :)

post nie khas buat diriku yang selalu terleka ..