30 July 2011

Ramadhan datang lagi

Bismillahhirahmanirrahim .
Hari ni , disebabkan terlalu excited , aku rasa nak kongsi something dengan korang sekalian .
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

 Jadi , renung-renungkan dan selamat berpuasa .
uhhh , tak sabar nak puasa ! yeah yeah , kbai :)

24 July 2011

Hasad dengki tak habis-habis ~

Bismillahhirahmannirrahim 

Rasanya , harini nak berkongsi sesuatu yang sering terjadi dalam kalangan kita sendiri .Ada sahaja yang tak puas di antara blogger sendiri .entahlah .ambilah nasihat sebagai pedoman .Jangan mendengki antara satu sama lain .tak ada salahnya kalau orang tu nak promote bebagai bagai .kau ada susah ?kalau kita tak suka kita ignore je .kalau rasa semak kita kick je .tak perlu berperang mulut atau sebagai bagainya .buat penat otak nak pikir ayat maki maki .haram kejadah je .

Pernah tak kita lihat dalam masyarakat kita budaya santau-menyantau, fitnah-memfitnah, berburuk sangka, saling menjatuhkan antara satu sama lain dan pelbagai lagi budaya yang sama waktu dengannya?

Rasanya perkara seperti ini sudah tidak perlu dipersoalkan kerana ia merupakan perkara yang sering terjadi dikalangan masyarakat kita. Semua perkara ini terjadi hasil daripada suatu sifat atau penyakit hati yang dipanggil hasad dengki. Apa makna hasad dengki ini? Saya pinjam makna hasad dengki ini dari sebuah buku yang mana buku itu menyebut :

Hasad adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti dengki. Ramai orang yang menyamakan iri hati dan dengki. Padahal kedua-dua perkara ini berbeza. Iri ertinya cemburu melihat nikmat atau kelebihan yang diperoleh orang lain dan dia ingin seandainya dialah yang mendapatkan nikmat itu dan bukan orang lain. Sedangkan dengki pula adalah benci melihat nikmat yang diterima orang lain dan berusahasupaya nikmat itu hilang.

Natijah dari sifat dengki ini sekiranya tidak dibendung akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sama ada kepada orang yang dengki itu ataupun mangsa orang dengki itu.

Dan ingatlah dengan sabda Nabi yang bermaksud :

"Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar."

Allah merupakan pencipta kita dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-makhluk-Nya. Oleh itu, redhalah dengan semua yang telah Allah takdirkan untuk kita. Tidak perlu untuk kita hasad dengki dengan orang lain. Dan sudah pasti besar ganjarannya di sisi Allah andainya kita redha dengan segala ketentuan dan ketetapan tuhan yang Maha Esa insyaAllah.

Buat renungan diriku yang sentiasa terlupa ~

23 July 2011

Kisah Rasulullah dan buah limau


Bismillahirahmannirahim .
Sebuah kisah yang mampu menitiskan air mata kerana kemuliaanya~

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Wallahualam...

10 July 2011

Resepi - Cupcake Cookies :)

Bismillahirahmannirahim .Assalamualaikum .


Bahan-bahan ( 18 - 20 papercups medium size )

  • 300g tepung
  • 350g gula
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ sdk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter
  • 2 sdk esen vanilla
  • 1 ½ cwn susu segar
  • sebanyak boleh biskut cipsmore :)
  • * 2 biji telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
  2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
  3. Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.Waktu hias tu letak laa biskut cipsmore tu .nanti jadilah cupcake cookies :) 

senangkan ? try je , kalau tak jadi jangan salahkan aku :)

FanPages Of Hyun-ki.blogspot.com Now Available.Click Here :)

01 July 2011

Transfomer-Dark of the Moon !


 Optimus Prime ngan BumbleBee , korang sabar yea .
nanti aku datang .Aku pun rindu korang jugak .macam korang rindu aku .aku janji , aku datang tengok korang .
Jangan risau .nanti korang jangan lupa buat macam dulu tau .
alaaa ,yang korang bawakkan popcorn dengan air pepsi tu .lupee ehh .ingat tau !
tapi nanti korang coverlahh sikit .yang mase dulupun , korang tak cover .
Habis satu panggung tengok korang bawak air kat aku .tekejut dorang .Kali nie , jangan buat macam tu lagi .
buat terperanjat orang jee .
kalau nak buat suprise pun , buat biase-biase dah laa optimus ehh.
ok ok .jumpe nanti optimus ngn bumblebee .daaa~
 

Hmm .tercarut atau sebaliknya ?

assalamualaikum , bismillahirrahmanirahim .
okey , memandangkan dah lame tak terupdated , so skang nie aku nak update .entah blank sebenarnya nie .tak tahu nak update pasal apa .jadi , macam biasalah , round2 kat iluvislam .sekali jumpe nie .nah hamik bace nie .untuk renungan bersama ! 
******
Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Secara umumnya, mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya.

Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.

Dalam kebudayaan orang Melayu pula, mereka yang mencarut biasanya dikatakan kurang ajar. Ini membawa maksud yang amat keras, iaitu mempunyai ibubapa yang yang tidak mengajar tertib kepada anaknya disebabkan salah satu sebab iaitu kejahilan, kurang pendidikan, berasal dari keturunan tidak baik, dan lain-lain.

Buruk nampaknya orang lelaki mencarut, buruk lagi kalau perempuan yang mencarut.

Saudara saudari seagamaku, apa kepuasan anda apabila mencarut? Dalam Islam juga, mengeluarkan kata-kata kesat, cacian dan makian adalah sesuatu yang terhina.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah: 1)
Kepada org yang suka mencarut, hentikanlah perbuatan itu. Usaha! Jangan merendahkan martabat anda sendiri dengan mencarut. Jangan dibiarkan lidah anda terbiasa mencarut, takut-takut sampai ke tua, lidah pun sudah liat hendak berhenti mencarut. Jangan sampai orang menutup mata dengan syahadah, kita pula menutup mata dengan mencarut. Nauzubillah...

"Ya Allah, peliharalah lidah kami"
- Artikel iLuvislam.com

buat diriku yang selalu terlupa ..